Info : Puasa terapi terbaik buat perokok
Tweet

Ini bermakna tingkah laku yang terjadi itu terkait pula dengan keadaan yang lain. Misalnya, apabila seseorang perokok duduk di kedai kopi atau selepas menjamah makanan, mereka perlu merokok kerana ia satu kelaziman yang terjadi secara berulang-ulang sejak sekian lama.

Orang ramai tidak mudah terangsang dengan rokok apabila berpuasa kerana mereka tahu ia hal yang tidak boleh dilakukan tatkala berpuasa.
ORANG selalu bertanya mengapa perokok boleh berhenti seketika semasa puasa iaitu tidak merokok pada waktu siang, tetapi aktif merokok setelah berbuka?
Perokok juga kurang merokok pada bulan Ramadan, tetapi tidak pada bulan lain.
Hakikat yang jarang disedari ialah puasa merupakan terapi terbaik bagi perokok yang ingin berhenti merokok. Ia terapi psikologikal yang berasaskan kepada konsep kepatuhan kepada ajaran agama.
Sekiranya pada waktu yang lain agak sukar untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi apabila berpuasa, ketagihan rokok dapat dikawal kerana ia satu tuntutan agama. Semua orang diminta melawan hawa nafsu, termasuklah nafsu merokok.
Kebanyakan perokok menghadapi masalah untuk berhenti bukanlah disebabkan oleh terikan fisiologi seperti yang biasa dialami oleh penagih dadah.
Selain tekanan psikologi, penagih dadah mengalami terikan fisiologi yang menyukarkan mereka untuk berhenti.
Mereka akan berhadapan dengan keadaan kesakitan tertentu, selesema, cirit-birit, hidung berair dan sebagainya.
Bagaimanapun, hal ini tidak dialami perokok sekiranya mereka tidak merokok. Perkara utama yang menghalang perokok ialah kelaziman mereka memegang dan menyedut asap rokok.
Rangsangan operan
Dalam psikologi, ia dinamakan sebagai rangsangan operan, atau tingkah laku berulang-ulang yang dilakukan oleh seseorang.
Ia bertambah sukar apabila perlakuan ini dikaitkan dengan suasana atau situasi tertentu dan dalam istilah psikologi dikenali sebagai association atau perkaitan.
PEROKOK yang mahu berhenti merokok boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar bagi merealisasikan hasrat mereka. - Gambar hiasan
Ini bermakna tingkah laku yang terjadi itu terkait pula dengan keadaan yang lain. Misalnya, apabila seseorang perokok duduk di kedai kopi atau selepas menjamah makanan, mereka perlu merokok kerana ia satu kelaziman yang terjadi secara berulang-ulang sejak sekian lama.
Merokok semata-mata bukanlah perkara yang memberikan pengalaman yang sukar untuk dilupakan oleh perokok.
Perbuatan seperti menyalakan api, menyedut dan membuang puntung rokok ialah sebahagian daripada proses perlakuan berulang sekali gus menjadi suatu tabiat yang tidak mudah untuk dihentikan.
Kemunculan rokok elektronik di pasaran juga tidak berjaya menarik semua perokok beralih kepada rokok generasi baharu tersebut.
Ini kerana ia tidak membawa bersama 'kenikmatan' yang dialami oleh rokok tradisional seperti menyalakan api dan membuang puntung.
Kesemua itu ialah perkaitan psikologikal yang sangat sukar dijelaskan dalam proses terapi berhenti merokok.
Kepatuhan kepada agama
Pelbagai ubat telah diperkenalkan di pasaran untuk mengurangkan tabiat merokok. Bagaimanapun, adakalanya ia gagal kerana hanya mampu mengurangkan gejala ketagihan nikotin dalam rokok, tetapi tidak mampu membuang 'ketagihan' lain ketika proses menghisap rokok. 'Proses' tersebut menjadikan tabiat merokok sangat sukar untuk dihentikan.
Justeru, puasa boleh menjadi terapi baharu yang patut diperkenalkan dalam proses mengurangkan gejala merokok dalam kalangan orang awam.
Ini kerana puasa membawa bersama nilai 'iman' dan kepatuhan kepada agama. Ia mungkin tidak ada dalam proses terapi yang lain.
PELBAGAI ubat terdapat di pasaran bagi membantu perokok melupakan terus tabiat merokok, namun ia perlu disusuli dengan keazaman kuat untuk berhenti merokok.
Orang ramai tidak mudah terangsang dengan rokok apabila berpuasa kerana mereka tahu ia hal yang tidak boleh dilakukan tatkala berpuasa.
Sekalipun kita mendengar pelbagai rungutan perokok untuk menghentikan tabiat mereka pada bulan Ramadan, semua perokok boleh menahan diri daripada merokok.
Ini bermakna, agama telah mengawal psikologi manusia untuk tidak berfikir mengenai rokok. Bagaimanapun, ketika berbuka mereka mengulangi semula tabiat tersebut.
Besar kemungkinan sekiranya perokok boleh mengawal perasaan untuk tidak merokok setelah berbuka puasa, pasti mereka mampu berhenti merokok.
Ini kerana, pada akhirnya tabiat merokok hanyalah sekadar tekanan psikologikal dan boleh dihentikan menerusi kekuatan psikologi.
Sumber kosmo!

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan