GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 3 Ogos 2013

Niat nak bunuh diri tidak kesampaian

Changchun (China): Cubaan seorang lelaki membunuh diri digagalkan isterinya sendiri apabila wanita terbabit sempat menyambar seluar dalamnya sebelum terlewat.
Menurut saksi Wang Li terkapai-kapai tergantung selama 20 minit sebelum polis dan anggota bomba tiba untuk menyelamatkannya. Ling cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap bilik tidurnya di tingkap atas bangunan enam tingkat di Changchun ibu negeri wilayah Jilin, utara China.
Keadaan menjadi sukar kerana pintu bilik tidur pasangan terbabit berkunci dari dalam dan menghalang anggota penyelamat bertindak lebih pantas.
Seorang saksi berkata mereka terdengar jeritan seorang lelaki dan terkejut apabila mendongak dan mendapati seorang lelaki tergantung dengan seluar dalamnya dipegang seorang wanita.
“Wanita terbabit kemudian merangkul kaki suaminya untuk mendapatkan cengkaman lebih kuat,” katanya. Beberapa orang cuba membantu dengan pergi ke rumah pasangan terbabit tetapi terhalang kerana pintunya berkunci.
Mereka juga gagal memecahkan pintu rumah itu. Detik dramatik itu berakhir selepas Wang, 45, ditarik ke dalam bangunan oleh pasukan penyelamat.

WANG dapat diselamatkan apabila isterinya sempat memaut seluar dalam lelaki terbabit.
Sumber berkata Wang cuba membunuh diri kerana tertekan akibat menganggur.
 - Agensi (myMetro)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP