GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 4 Ogos 2013

Pecah Rekod, Juadah berbuka sepanjang 4 kilometer


Ketua Pengarah, Persatuan Kebajikan Hadiyat Al-Haj wal Mu'tamir, Sheikh Mansour Al-Aamir (kiri) mengedarkan bungkusan iftar kepada seorang jemaah umrah. - AGENSI

JEDDAH 4 Ogos - Lebih 1,300 sukarelawan bekerja setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini bagi menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang empat kilometer di kawasan Masjidilharam di Mekah.

Meja-meja yang disusun di kawasan Masjidilharam itu sentiasa penuh dengan juadah kopi dan kurma sebagai hidangan berbuka kepada jemaah umrah dan pengunjung dari dalam dan luar Arab Saudi.

Pihak pentadbiran Masjidilharam juga menawarkan kira-kira 100,000 kilogram kurma yang diagih-agihkan di dalam 1,922,160 bekas yang turut memuatkan minuman kopi.

Susunan 'meja gergasi' itu membawa ribuan jemaah tanpa mengira kaum, bangsa dan umur dalam keadaan selamat dan selesa.

Setiausaha Agung Liga Dunia Islam bagi Keajaiban Saintifik dalam al-Quran, Dr. Abdullah Abdul Aziz Al-Musleh berkata, meja itu mewakili imej hormat dan bangga membabitkan tahap tertinggi layanan yang sentiasa diadakan sepanjang Ramadan.

Sementara itu, seorang imam dan pendakwah di Masjidilharam, Dr. Saleh bin Muhammad Al-Taleb berkata, terdapat lebih 1.3 juta makanan diagih-agihkan kepada jemaah sepanjang bulan Ramadan ini dengan panjang susunan mampu mencecah 129 kilometer.

 - AGENSI (Utusan )




1 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 5 Ogos 2013 pada 9:54 PG  

Ya Allah...murahnya rezeki..


jom kita kenal2 dan berfollow2..hehehe..
http://www.jutawanshaklee.com

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP