GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 3 Ogos 2013

Pengendali Jentolak Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Sungai

PENGENDALI JENTOLAK LEMAS....Chang Seng Huat, 55, termenung mengenangkan nasib rakannya, Tan Kim Leong, 54, yang dikhuatiri lemas selepas jentolak yang dikendalikannya terbalik ke dalam Sungai Lebir di Kampung Tualang di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu.-Foto BERNAMA
KUALA KRAI: Seorang pengendali jentolak sebuah lombong bijih besi, dikhuatiri lemas apabila jentolak itu terjatuh ke dalam sungai ketika cuba mengalihkan generator di Sungai Lebir, Kampung Tualang, di sini Jumaat.
Tan Kim Leong, 54, dikatakan sedang memindahkan generator berenjin diesel itu pada pukul 5.30 petang untuk disewakan kepada seseorang.
Bagaimanapun, nasib malang menimpa Tan yang berasal dari Kluang, Johor itu apabila tanah di tebing sungai itu mendap menyebabkan jentolak yang dikendalinya terbalik dan dia dikhuatiri dihanyutkan arus deras sungai.
Endhik Imam Sumarji, 25, berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja bersama mangsa dan seorang lagi rakannya untuk memindahkan generator dari tapak lombong ke seberang sungai.
"Ketika generator diangkat, saya dah nampak jentolak berada dalam keadaan tak stabil dan tayar sedikit terjungkit kerana tanah makin mendap. Saya suruh Tan berhenti, namun tidak dipedulikan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Penolong Penguasa Bomba Azman Abu Hassan berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan 10 penyelam jabatan bomba dan beberapa agensi keselamatan lain. 
- BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP