GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 2 Ogos 2013

Skandal,Pengasas siri X Factor Simon Cowell hamilkan isteri kawan baik

AKSI mesra Cowell (baring) dan Lauren ketika bercuti di Caribbean sambil diperhatikan Silverman, Januari tahun lalu.
London: Pengasas siri X Factor Simon Cowell dilapor akan menjadi bapa kepada bayi isteri rakan baiknya, jutawan pemilik kasino Andrew Silverman.
Silverman memfailkan tuntutan cerai daripada isterinya, Lauren awal bulan lalu, tetapi tidak diketahui sama ada dia melakukan demikian selepas mendapat tahu isterinya hamil dengan anak Cowell. 
Dia yang diwakili peguam keluarga Manhattan Cohen Goldstein memfailkan tuntutan cerai pada 24 Julai lalu. 

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, Adam, 7, hasil daripada perkahwinan mereka.
Sebelum ini ada gambar menunjukkan aksi mesra Cowell, 53, bersama Lauren, 36, ketika bercuti di Caribbean pada Januari tahun lalu walaupun Silverman turut menyertai percutian itu dan berada tidak jauh dari mereka.
Sumber yang rapat dengan Cowell sebelum ini pernah berkata, mogul muzik itu tidak ingin mempunyai anak. 

Sumber itu juga berkata, kehamilan terbabit tidak dirancang dan Cowell benar-benar terkejut.

Bagaimanapun Cowell dikatakan dapat menerima kenyataan bahawa bayi yang bakal lahir itu adalah anaknya.

Lauren dikatakan hamil 10 bulan. Publisiti yang mengejutkan itu muncul hanya beberapa minggu sebelum bermulanya musim baru siri X Factor AS September depan.

Cowell dan Lauren yang menyerupai wajah bekas tunangnya Mezhgan Hussainy dikatakan sudah berkawan lebih lima tahun.

Cowell kini dikatakan sibuk dengan kes hartanya bernilai £225 juta (RM1.1 bilion), yang pastinya cukup untuk menyara anak yang bakal lahir itu. 
- Agensi

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP