GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 17 September 2013

Fesyen Lady Gaga semakin pelik dan menakutkan

Lady Gaga memakai topeng muka yang menyerupai watak utama dalam filem Silence of the Lambs.- Agensi

LOS ANGELES - Gaya esentrik penyanyi popular Lady Gaga dilaporkan semakin pelik dan menakutkan.

Penampilan terbaru penyanyi itu yang memuat naik gambarnya di laman gambar Instagram mengejutkan banyak pihak termasuk peminat fanatiknya sendiri.
Menurut akhbar Daily Mail, Gaga, 27, kelihatan seperti watak dalam filem thriller Silence of the Lambs.
Gaga memuat naik gambar tersebut dengan menulis kapsyen "saya mempunyai masa yang seronok dengan topeng muka."
Penyanyi lagu Poker face itu turut menambah, "Adakah ia kelihatan seperti Margiela?" soal Gaga yang ditujukannya kepada butik fesyen Maison Martin.
Terdahulu, pereka fesyen terkemuka, Margiela pada awal tahun lalu telah menutup muka model-modelnya menggunakan topeng muka kristal semasa memperagakan baju.
Bagaimanapun, rupa Gaga dalam gambar tersebut dikatakan sama seperti pembunuh kanibal bersiri dalam filem seram Silence of the Lambs yang dibintangi oleh Jodie Foster.
 - Agensi(kosmo!)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP