GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 9 September 2013

Hazama sudah mengaku rapat Dengan Pemuzik Wanita Genervie Kam

Hazama
PETALING JAYA: Penyanyi Hazama mengakui sedang mengenali hati budi seorang pemuzik wanita yang dikenali sebagai Genervie Kam sejak empat bulan lalu.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 29, berkata, persahabatan yang terjalin diantara mereka itu sedang menuju ke arah percintaan dan enggan menyorokkan perkara itu daripada pengetahuan peminat walaupun tidak selesa berbuat demikian.
"Benar saya sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi Genervie sejak empat bulan lalu dan sedang ke arah percintaan namun masih diperingkat awal.
"Ia masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana hubungan ini masih lagi baru walaupun kami sudah lama mengenali antara satu sama lain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Hazama mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mengatakan dia dan Genervie sentiasa menghabiskan masa bersama dan keluar bersama.
Tambah Hazama, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengembar-gemburkan cerita peribadinya untuk tatapan umum namun menyedari dirinya milik masyarakat dia perlu berterus terang.
Jelasnya, dia tidak mahu menipu tentang statusnya yang pada kemudian hari akan merosakkan karier seninya.

Genervie Kam dan Hazama
"Saya seorang yang berterus terang dan tidak suka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan peminat jika ia benar kerana saya sedar kedudukan sebagai seorang selebriti.
"Tetapi pada masa sama saya tidak mahu ia terlalu mendapat perhatian sehingga kerjaya saya tenggelam dengan kisah-kisah peribadi," tuturnya.
Sementara itu, Hazama berkata, dia selesa berkawan dengan Genervie kerana sifat wanita itu yang matang dan berkongsi minat sama terutama muzik.
Jelas Hazama, wanita itu juga tidak lokek ilmu tentang pengetahuannya dalam bidang muzik menyebabkan mereka menjadi rapat sejak empat bulan lalu.
"Muzik merapatkan kami kerana dia sering berkongsi ilmu tentang bidang tersebut selain sikapnya yang matang membuatkan saya selesa," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Hazama berkata, dia baru sahaja melancarkan album terbaharunya berjudul Penglipur Lara dan sedang sibuk mengadakan aktiviti promosi album berkenaan di seluruh negara.
Selain itu katanya, dia juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem arahan Ahmad Idham berjudul Hantu Nan Sempit.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP