GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 12 September 2013

Kepala budak diacu pistol,gambar di kongsi di laman media Sosial

FOTO yang dikongsi di Facebook ini mengejutkan ramai pengguna laman sosial.
London: Imej mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mengacu pistol ke kepala seorang kanak-kanak mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan mangsa.
Foto itu dikongsi di laman media sosial ratusan kali sejak ia mula dimuat turun baru-baru ini. Pengguna laman web terdesak untuk mengenal pasti wanita dan kanak-kanak itu bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, usaha mereka terhalang ekoran kurangnya maklumat mengenai asal usul gambar itu.
Foto terbabit menunjukkan seorang wanita muda tersenyum sambil mengacu pistol antara dua mata kanak-kanak yang berusia sekitar dua tahun.
Tiada maklumat mengenai bila dan di mana gambar itu diambil, tetapi kelihatannya berasal dari laman Facebook warga Argentina sebulan lalu.
Kemungkinan kedua-duanya adalah penduduk Amerika Latin. Imej itu mencetuskan panik hingga mendorong penulis blog berkempen menentang penderaan domestik.
Seorang bekas mangsa penderaan berkongsi foto itu mengatakan: “Jika ada sesiapa yang boleh membantu kami mencari kanak-kanak itu, tolonglah buat sesuatu. “Seorang bayi boleh mengalami trauma seperti mangsa penderaan yang lain - dan ini adalah satu bentuk penderaan.” Ramai pengguna Facebook menyuarakan kemarahan terhadap foto itu dengan sesetengahnya menyifatkannya “benar-benar jahat.” Tidak diketahui sama ada pistol dalam gambar itu senjata betul atau pistol mainan. 
- AFP(myMetro)

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP