GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 9 September 2013

Lelaki di tahan Polis kerana hobi ambil gambar kangkang dan punggung Wanita

Seorang lelaki perlu berurusan dengan pihak berwajib dan didakwa setelah dirinya disyaki memotret kangkang dan punggung ratusan perempuan yang duduk dibahagian atas dirinya di anak tangga Monumen Memorial Lincoln di Washington DC, Amerika Syarikat, selama hampir satu tahun kebelakangan ini.

Christopher Hunt Cleveland ditangkap pada 19 Jun lalu selepas seorang polis mengintip secara diam-diam cuba mengambil gambar bahagian bawah skirt perempuan di Monumen Memorial Lincoln dan Kolam Cermin, seperti dilansir surat kabar the Daily Mail, Sabtu (7/9).

Akhbar the Washington Post melaporkan penduduk Kota Springfield itu, yang tidak berfikir bahawa mengambil gambar bahagian selangkangan merupakan tindakan haram, didakwa di mahkamah tinggi Washinton DC dengan dugaan mengintip untuk membangkitkan kepuasan seksual dan serangan terhadap seorang polis.

Cleveland dilaporkan menjadi agresif setelah pegawai polis berusaha mencegah dirinya saat ia ingin mengambil foto tidak pantas dengan menggunakan kamera lensa jarak jauh.

Cleveland awalnya berusaha menjauh dari polis dan cuba menghapuskan data dari kad memori kameranya. Namun, ketika polis mengatakan kepadanya agar menjatuhkan kameranya itu, dia didakwa tidak mentaati perintah polis dan menolak ditangkap.

Polis kemudian mendapati banyak gambar-gambar selangkangan dan punggung perempuan di kamera Cleveland.

Polis lalu menggeledah kereta Cleveland dan mencari sebuah laptop mengandungi sekurang-kurangnya 150 pembentangan di program PowerPoint, di mana masing-masing mengandungi 30 atau lebih gambar selangkangan perempuan yang diambil dari bahagian bawah skirt korban.

Dilaporkan bahawa Cleveland kemungkinan telah mengambil sekurang-kurangnya 4,500 foto-foto tidak pantas.

Cleveland mengaku kepada pasukan penyelidik dia kerap melawat Monumen Memorial Lincoln dalam beberapa bulan terakhir untuk mengambil foto-foto perempuan.

Dari dokumen mahkamah menyatakan pihak berkuasa telah merampas sebuah komputer, beberapa kamera, dan barang lain milik Cleveland.

Sumber merdeka.com

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP