GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 10 September 2013

Pecah Rekod dengan Lidah terpanjang


Stephen Taylor, dari Coventry, United Kingdom, mempunyai lidah terpanjang di dunia. Birminghammail.co.uk

Coventry - Lelaki berusia 51 tahun ini berjaya memecahkan rekod dunia yang sebelumnya juga pernah ia pecahkan pada tahun 2009 silam. Stephen Taylor, lelaki asal kota Coventry, United Kingdom, lagi-lagi memecahkan Guinness World Record sebagai pemilik lidah terpanjang. Sejak saat ittu, lidahnya telah bertambah panjang.

"Taylor mempunyai lidah dengan panjang 9.8 sentimeter jika diukur dari bibirnya," tulis laman Birmingham Mail, Sabtu, 7 September 2013. Ini lebih panjang 0,5 sentimeter berbanding saat ia masuk buku rekod dunia pada tahun 2009.

Rata-rata, panjang lidah hanya sekitar 2-3 sentimeter jika diukur dari bibir. Namun Taylor mempunyai lidah yang panjangnya tiga kali ganda berbanding lidah orang biasa. Dianggarkan, lidah Taylor akan terus bertambah panjang.

Taylor mengaku doktor sendiri kebingungan dengan keadaannya. Para doktor tidak boleh menjelaskan keadaan yang jarang berlaku ini. Walaupun terbilang jarang, selama ini Taylor tidak mengalami kesulitan atau masalah kesihatan apapun.

Gara-gara lidah istimewanya, Taylor menjadi tenar dan sering kali diundang di pelbagai acara di televisyen.

"Mungkin lidah saya terus berkembang kerana saya terus-terusan menjulurkan lidah keluar di pelbagai acara di televisyen," ujarnya berseloroh.

sumber tempo.co


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP