GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 13 September 2013

Wanita Mengandungkan kokain

Seorang anggota polis wanita menunjukkan bagaimana beliau memeriksa Tabitha Leah Ritchie, sehingga berjaya menggagalkan cubaannya untuk menyeludup dadah dengan menyamar sebagai wanita hamil. - Foto Agensi

Wanita Kanada 'hamil' ditahan cuba seludup dua kilogram dadah 

Bogota: Seorang wanita warga Kanada ditahan polis Colombia semalam selepas cuba menyeludup dua kilogram kokain dengan menyamar sebagai pelancong yang sedang hamil. 

Timbalan pengarah bahagian antidadah polis Colombia, Kolonel Esteban Arias Melo, berkata Tabitha Leah Ritchie, 28, ditahan ketika cuba menaiki penerbangan ke Toronto dengan memakai ‘perut getah’ yang disumbat kokain di dalamnya. 

Wanita terbabit, menarik perhatian seorang anggota polis wanita apabila bersikap mencurigakan selepas ditanya tempoh kehamilannya. 

“Dia menunjukkan reaksi agresif dan tidak suka dengan soalan itu, tetapi bertegas mengatakan dia hamil tujuh bulan. Sikapnya menyebabkan anggota polis berkenaan mengesyaki sesuatu dan kemudian memeriksa wanita itu. 

Bungkusan kokain 

“Polis wanita itu kemudian menyentuh perut Ritchie dan mendapati ia sangat keras dan terlalu sejuk. Selepas pemeriksaan tubuh dijalankan, beliau menemui dua bungkusan disumbat di dalam perut getah mengandungi kokain setiap satu beratnya kira-kira dua kilogram,” kata Melo. 
Ritchie tiba di Colombia 6 Ogos lalu dan mengaku dia seorang pekerja sosial.

Melo berkata, dadah dibawa Ritchie mempunyai pasaran kira-kira AS$60,000 (RM196,668). Ritchie berdepan hukuman lima hingga lapan tahun penjara jika sabit kesalahan. 


- AP/AGENSI (BH)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP