GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 5 Disember 2013

Jurulatih Gim Kekasih baru Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah
PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Sakinah masih belum temui pengganti selepas berpisah dengan kekasih yang juga anak angkat kepada pengarah drama Erma Fatima iaitu Ahmad Albab beberapa bulan lalu.
Sakinah, 23, berkata, dia lebih selesa menjalani kehidupan tanpa seorang kekasih selain mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonan.
"Saya belum mempunyai kekasih baru, lagipun saya masih muda dan kalau boleh ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pada pratonton filem Ular, di E@Curve, di sini, Selasa.
Sakinah berkata demikian ketika ditanya tentang status dirinya selepas dilihat bersama seorang lelaki berbangsa Inggeris yang sering dibawa ke majlis-majlis hiburan selepas putus cinta.
Jelas Sakinah, lelaki tersebut merupakan jurulatih peribadinya di gimnasium yang berminat untuk mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air.
Tambahnya, disebabkan lelaki tersebut juga berat badannya berjaya diturunkan sebanyak 12 kilogram dalam tempoh enam bulan.
"Berat badan saya dulu 63 kilogram kini sudah 51 kilogram, dia banyak mengawal pemakanan saya dan memberi nasihat untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat," katanya.
Sementara itu, Sakinah yang berlakon dalam filem Ular berharap filem pertama lakonannya itu dapat diterima masyarakat.
Filem Ular akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 Disember ini (Khamis).
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP