Guru Ditahan Kerana Disyaki Rogol Anak Murid
KUANTAN: Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata guru berkenaan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters tersebut.
"Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa telah beredar dari rumah itu.
"Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Mohd Haris berkata guru berkenaan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan keluarganya tinggal di Kedah.
Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada salah seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga.
Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis semalam.- BERNAMA

4 Merujuk kepada perkara diatas :
ibarat penagih rokok tegar,
rokok ada didepan mata
manakan tidak dipeluk cium
murid genit mengalahkan dara
sikit belajar banyak menggoda
apatah lagi, anak bini jauh dimata,
jaman sekarang jaman penceroba.
sedih bila baca berita sebegini...
simpati kerana dia di beri ujian & tewas
nasib masih baik kerana tidak di uji
apabila nafsu mengatasi akal, maka sendiri mau ingat......
ibarat pagar, pagar makan padi..
apa2 pun, elok juga dengar penjelasan dari sudut cikgu tu pulak..
Awang Abdul Rashid Awang Damit, Brunei yang merupakan pemenang kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2011 bagi kategori Nusantara menukilkan dalam facebooknya :-
"Tahukah anda tiada PAGAR yang makan padi. Yang ada cuma burung PEGAR; yang berfungsi menghalau haiwan perosak tanaman padi. Pepatah yang betul : Harapkan PEGAR, pegar makan padi. Kesilapan berlaku ketika menterjemah ejaan jawi kepada rumi - Dr Burhanuddin Helmi'.
Catat Ulasan