GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 9 Mei 2011

Rasionalisasi subsidi: Harga gula naik 20 sen esok


PUTRAJAYA 9 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi Negara menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

Mohd Zain berkata, sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.

Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya. – Bernama

*** Rasionalisasi? ..Aboh koi tanya '' Apa benda rasionalisasi ni Tan? ''... '' koi jawab.. kita kena banyok makan nasik je dari makan gula ''.. Nganga je aboi koi dengor ..


3 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 9 Mei 2011 pada 9:10 PTG  

Nak mengutuk karang tak kena juga bantailah deme Moralnya mmg membosankan :)

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP