Shah Rukh Khan tak selesa aksi cium

MUMBAI: Sepanjang 22 tahun pembabitan beliau dalam dunia hiburan, bintang Bollywood, Shah Rukh Khan mendakwa tidak pernah bercium dengan mana-mana aktres dalam filem dan menegaskan tidak akan melakukannya.
Beliau mengakui, bukan saja dirinya tidak selesa jika perlu beraksi cium di layar perak tetapi mendakwa tidak tahu bagaimana melakukannya.
“Saya tidak bercium di layar perak kerana saya tidak tahu bagaimana untuk lakukannya. Saya tidak tahu kerana saya rasa aksi itu pelik dan anggap mereka yang melakukannya di filem tahu lakukannya dengan baik,” kata bapa dua anak itu.
“Saya rasa tidak selesa jika melakukan perkara itu dalam filem. Apabila ada orang datang untuk mengisahkan satu cerita kepada saya, saya beritahu mereka dua perkara, “Saya tidak menunggang seekor kuda dan saya tidak bercium”,” kata aktor berusia 45 tahun itu yang kini sedang terbabit dalam rakaman filem sains fiksyen, Ra. One.– Agensi

3 Merujuk kepada perkara diatas :
Depan org dia tak emboh agaknya... berlakang entoh lah :)
tunggang kuda pon x nak...
hadoi
dia xnak tunggang kuda sebb dia penah menjalani pembedahan tulang belakang....so atas faktor kesihatan terpaksa la..dulu citer dia ade la tunggang kuda..semenjak pas pembedahan ni dai kurang jugak melakonkan aksi2...
bab cium tu no komen..tp memang xpenah lg tengok dia bercium dengan mane2 astis dalam filem dia...bagus la camtu...hehe
Catat Ulasan