GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 16 Jun 2011

Guru berahi budak ditahan

SYDNEY: Seorang guru dari sebuah daripada sekolah swasta paling eksklusif di Sydney adalah antara 11 lelaki didakwa mengedarkan gambar penderaan seks membabitkan kanak-kanak, semalam.

Guru berusia 40 tahun itu adalah kakitangan Sekolah Persediaan The King selama 10 tahun, sebelum dia meletak jawatan minggu lalu.

Polis Australia berkata, mereka mengesan satu rangkaian siber yang berkongsi ratusan gambar kanak-kanak didera secara seksual, termasuk memaparkan aksi melampau, sadis dan rogol.

Jurucakap polis, Grant Edwards, berkata penyiasat menggunakan akaun palsu untuk mengenal pasti individu yang terbabit dalam kegiatan berkenaan dalam operasi selama empat bulan di seluruh Australia.

“Imej yang kami kesan memaparkan pelbagai tahap penderaan, termasuk yang paling kejam seperti penderaan dan rogol,” katanya.

Menurut Edwards, suspek yang ditahan berusia di antara 18 dan 67 tahun.

Katanya, sesetengah video dirakam di Australia tetapi kebanyakannya datang dari luar negara.

“Dua kanak-kanak Australia yang berisiko diletakkan di bawah jagaan polis,” katanya.

Semua suspek didakwa melakukan kesalahan memasuki, menyebar dan memproses bahan eksploitasi kanak-kanak.

Seorang daripada mereka turut didakwa melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak berusia di bawah 14 tahun.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Brendan O’Connor, berkata bagi setiap imej pornografi kanak-kanak, ada seorang mangsa mengalami penderaan.

“Ia satu daripada jenayah paling keji dalam masyarakat hari ini,” katanya. - AFP

* Sumber





Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP