Lelaki mati semasa merogol wanita tua
CHICAGO - Seorang lelaki di Texas mati semasa dia merogol seorang wanita berusia 77 tahun, lapor media tempatan.
Lelaki Texas itu, Chavelo Gutierrez, 53, memecah masuk ke rumah wanita berkenaan dengan bersenjatakan pisau dan menyerangnya.
Namun, akhbar Corpus Christi Caller melaporkan semasa dia sedang merogol wanita tersebut, Gutierrez mengadu dia berasa tidak sihat dan berhenti melakukan hubungan seks untuk berehat.
Lelaki tersebut kemudian mahu meneruskan perlakuan tidak senonoh itu tetapi dia kemudian jatuh tergolek dan meninggal dunia.
Wanita itu pada mulanya menyangka dia sudah meninggal dunia kerana mabuk disebabkan bau minuman keras pada nafasnya.
Selepas perogol itu meninggal dunia, wanita tersebut meninggalkan rumahnya dengan memandu sebuah kereta sebelum meminta bantuan daripada anak perempuannya.
Para penyiasat percaya, perogol itu mati kerana serangan jantung selepas dia menunggang basikal sejauh 3.21 kilometer ke rumah wanita berkenaan dalam cuaca panas. - AFP
* Sumber

4 Merujuk kepada perkara diatas :
balasan.on the spot kat dunia dapat...tapi umur pun dah 53...bawak2 la bertaubat...hehe
-Yok mampir diluk = pelajar universiti tapi perangai serupa penghuni tirai besi.....
terus kena tarik nyawa..x sempat nk tobat..
penat buat kija tu kot...
haha kena gelak dulu..
masih 'hidup' rupanya dia punya tu...walaupon tuannya dah nak mati.
Catat Ulasan