GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 4 September 2011

Lelaki mabuk gigit ular sawa ditangkap


SACRAMENTO: Seorang lelaki ditahan selepas dituduh menggigit seekor ular sawa peliharaan rakannya.

Suspek, David Senk, 54, ditangkap semalam kerana disyaki mencederakan reptilia itu, kata jurucakap polisn Sacramento, Sarjan Andrew Pettit. Ular yang cedera teruk itu terpaksa menjalani pembedahan. Ketika diwawancara di penjara, Senk berkata, dia tidak ingat kejadian itu selepas tidak sedarkan diri akibat mabuk.

“Apabila ditanya kenapa dia mungkin menggigit ular itu, dia berkata: “Saya tak sedar. Saya mabuk.” Senk ditahan selepas polis menerima aduan mengenai kejadian itu.

Mereka menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan darah pada mukanya.Seorang wanita memberitahu polis, Senk baru saja menggigit ular sawanya ketika dia membenarkannya memegang reptilia berkenaan.

“Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ular itu mengancamnya. Dia tiba-tiba menggigit ular itu,” kata wanita itu.Senk, dalam wawancara itu berkata, dia tidak meminati ular.

“Saya tidak pernah cuba menggigit ular. Haiwan itu yang cuba menggigit saya,” katanya. - Reuters

* Sumber



2 Merujuk kepada perkara diatas :

Azie Azman 4 September 2011 pada 5:49 PTG  

lah..macam tu pulak..
selalu ular yang cederakan orang..

nurhamizatulzullraooh 5 September 2011 pada 11:23 PTG  

sampai macam tu sekali?kesian ular tu walaupun saya ni takut juga dengan reptilia tu..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP