GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 4 September 2011

Wanita mati terima saman


* Evelyn

LONDON: Seorang duda berang selepas menerima sepucuk surat menyatakan isterinya yang mati empat tahun lalu, dipanggil ke mahkamah dan didenda kerana kesalahan berkait dengan kenderaan.

Barry Bartin, 65, dimaklumkan majistret mendenda mendiang isterinya sebanyak £175 (RM875) kerana gagal memaklumkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan mengenai pemilik baru keretanya.Bartin berkata, kereta mendiang isterinya dilupuskan pada 2009 selepas isterinya, Evelyn (gambar), meninggal dunia pada Jun 2007 akibat barah pada usia 47 tahun.

“Sebaik melihat saman itu saya terkejut. Saya tidak percaya ini akan berlaku selepas empat tahun Evelyn mati.

“Yang menyedihkan saya, dia tidak pernah melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang sepanjang hidupnya.

“Saya tidak faham bagaimana ia boleh berlaku. Saya sudah maklumkan kepada semua pihak mengenai kematiannya tetapi kesilapan ini tetap berlaku,” katanya.

Menurut Bartin, jabatan berkenaan mendakwa mendiang isterinya tidak memaklumkan kepada mereka mengenai pemilik kereta baru.

“Saya sudah menghantar kereta itu untuk dilupuskan,” katanya.Anehnya, menurut Bartin, dia juga menerima surat tahun lalu yang dialamatkan kepada Evelyn yang memaklumkan wanita yang sudah mati itu didenda kerana kesalahan parkir.

“Saya menghubungi jabatan itu dan beberapa hari lalu, saya terbaca dalam akhbar, majistret mendenda isteri saya sebanyak £60 (RM300) untuk kos perbicaraan,” katanya. - Agensi

* Sumber myMetro



3 Merujuk kepada perkara diatas :

Abu Mansur 4 September 2011 pada 2:42 PTG  

arwah abg saya pun pernah terima saman langgar lampu merah, mungkin kenderaan yang digunakan tidak ditukar nama.

Jo Qusary 4 September 2011 pada 3:11 PTG  

perkara yg sama juga pernah berlaku kat arwah sedara aku...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP