GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 17 Oktober 2011

Awas : Perangkap SMS pelacur


* CONTOH SMS yang dihantar sindiket.

KUALA LUMPUR – Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit suami dan kekasih masing-masing berikutan terdapat satu taktik baharu bapa ayam dalam mempromosikan pelacur untuk lelaki berhidung belang.

Sindiket yang berselindung di sebalik sebuah pusat refleksologi itu dilihat begitu bijak memperdayakan sesiapa sahaja yang membaca SMS tersebut kerana ia seolah-olah kelihatan seperti mereka sedang mempromosikan model kereta.

Kosmo! yang menjejaki premis di Salak Selatan di sini itu sebaik dimaklumkan mengenai taktik tersebut mendapati ia benar seperti yang didakwa.

Sumber memberitahu, antara SMS yang dihantar secara rambang itu ialah “Pelanggan dihormati, berkunjunglah ke bilik pameran kami di sini, terdapat 10 model kenderaan baharu yang sedia dipandu uji.”

Namun, maksud sebenar sindiket ialah untuk menjemput penerima SMS berkunjung ke premis tersebut manakala 10 model kenderaan itu pula merujuk kepada pelacur baharu.

“SMS tersebut sengaja direka begitu untuk mengelak kegiatan pelacuran di situ dari dikesan pihak berkuasa,” ceritanya ketika ditemui.Terdapat juga kandungan SMS lain yang dihantar khusus untuk merangsang penerimanya supaya segera melanggan pelacur asing. Antara SMS itu termasuk:

“Terkini! Pusat servis kami kini mempunyai lima tenaga pakar dari luar negara yang sedia memberi perkhidmatan kepada anda. Dua mekanik dari China, dua dari Vietnam dan satu dari Thailand.

'' Menurut sumber itu, mekanik yang dimaksudkan dalam SMS tersebut adalah wanita asing yang bertindak sebagai pelacur.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP