GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 19 Oktober 2011

Azam wakil rakyat mak nyah pertama di Poland


WARSAW - Anna Grodzka (gambar) akan menjadi wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah apabila dia mula menjalankan tugasnya bermula 8 November ini.

Dia mahu mengetengahkan rang undang-undang berhubung hak kesaksamaan termasuk juga menggunakan dana negara untuk melakukan pembedahan menukar jantina di negara yang dihuni majoriti masyarakat Kristian Katolik.

"Saya akan menjadi diri saya yang sebenar dan mahu membuktikan pandangan serong orang ramai terhadap saya adalah tidak adil," kata Grodzka.

Ahli politik yang kini berusia 57 tahun itu berkata, dia akan turut memperjuangkan mengenai kesatuan bagi golongan mak nyah, persenyawaan tabung uji dan lain-lain hak minoriti.

Dalam satu temu bual dengan laman portal Gadu-Gadu, Grodzka berkata dia juga mahu mengetengahkan rang undang-undang sama seperti di Australia yang menyediakan ruangan pilihan kategori jantina di pasport iaitu lelaki, wanita atau lain-lain.

Dilahirkan sebagai lelaki, Grodzka yang merupakan penerbit filem dokumentari selesai menjalani pembedahan penukaran jantina pada tahun lalu.Dia merupakan calon parti Gerakan Palikot yang memenangi 10 peratus sokongan pada pilihan raya Parlimen pada 9 Oktober lalu. - Dpa

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP