GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 19 Oktober 2011

Video : Beyonce sebelum hamil


* AKSI Beyonce dalam muzik video Love On Top di laman YouTube. - YouTube

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Beyonce menunjukkan aksinya yang ligat dalam video muziknya yang terbaharu, Love On Top.

Dia yang kini hamil memakai jaket dan seluar tetapi hampir mendedahkan payu daranya. Beyonce juga menari dengan ligat dengan lima penyanyi sokongan dalam video tersebut.

Penyanyi tersebut juga memakai pelbagai jenis pakaian dalam persembahannya di dalam video berkenaan.Sebelum ini, Beyonce yang sudah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Jay Z mencetuskan kontroversi mengenai kehamilannya.

Menurut beberapa laporan akhbar, dia dikatakan memakai kostum palsu untuk menunjukkannya sedang hamil. Spekulasi itu dibuat selepas perutnya itu kelihatan seperti palsu dalam program Sunday Night HD.

Namun seorang jurucakap Beyonce menafikan spekulasi itu dengan menyatakan ia dakwaan bodoh, mengarut dan salah.Spekulasi itu tersebar selepas Beyonce mahu duduk dalam set program televisyen, Sunday Night HD.Perutnya itu kelihatan mahu terjatuh semasa dia duduk.

Terdapat juga spekulasi bahawa dia mungkin menyewa seorang ibu tumpang.Dia memberitahu pengacara dalam program Sunday Night HD bahawa dia mungkin melahirkan anak pada Februari 2012 .- Agensi

* Sumber Kosmo! Online



1 Merujuk kepada perkara diatas :

nurhamizatulzullraooh 19 Oktober 2011 pada 3:27 PTG  

Macam-macam sekarang ni..tak mengandung buat mengandung entahlah diorang ni banyak duit boleh beli semua yang diinginkan termasuklah anak

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP