GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 18 Oktober 2011

Darth Vader dapat anugerah penjahat utama


* SATU imej video dipancarkan untuk menghasilkan satu watak daripada filem Piranha 3D dalam Anugerah Scream di Los Angeles pada Sabtu lalu.

UNIVERSAL CITY, Amerika Syarikat (AS) - Harry Potter, Darth Vader, Pee Wee Herman, Nicolas Cage dan Robert Downey, Jr. menerima penghormatan pada anugerah Scream Awards yang dianjurkan oleh saluran televisyen AS, Spike TV.

Anugerah tahunan itu berlangsung di pekarangan studio perfileman Universal Studios di sini pada Sabtu lepas bagi meraikan filem seram, fantasi, sains fiksyen dan adi wira.

Francais lapan filem Harry Potter menerima anugerah utama Ultimate Scream yang disifatkan oleh penyampainya, Chloe Grace Moretz 'filem paling menakjubkan dan paling menggegarkan di alam semesta.

Pencipta Star Wars, George Lucas pula menyampaikan anugerah penjahat paling hebat untuk antagonis Star Wars, Darth Vader.

Lucas turut mengumumkan bahawa peminat boleh menonton watak jahat Sith Lord di layar perak dalam bentuk tiga dimensi (3-D) pada Februari tahun depan.

Herman yang dicipta oleh pelakon Paul Reubens memenangi anugerah visi, Visionary.Cage menerima anugerah Maverick manakala Downey pula memenangi anugerah Hero.

Acara Scream Awards ditayangkan di televisyen AS hari ini. - Agensi

* Sumber Kosmo! Online



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP