GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 18 Oktober 2011

Wanita puas seks hidup sihat


* Gambar Sumber

SYDNEY - Kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik Australia menunjukkan wanita yang puas menikmati kehidupan seks didapati memiliki tahap kesihatan yang lebih baik, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan itu dibuat berdasarkan kajian Program Kesihatan Wanita Australia yang menganalisis kehidupan seksual terhadap hampir 300 orang wanita berusia dari 20 hingga 65 tahun.

Mereka mendapati wanita yang kerap mencapai puncak syahwat kurang cenderung untuk jatuh sakit dan lebih bertenaga berbanding mereka yang tidak melakukan seks.

Golongan yang kerap melakukan seks didapati memiliki penampilan psikologi yang lebih baik daripada mereka yang mengadakan hubungan kelamin kurang dua kali sebulan.

Ketua penyelidik itu, Dr. Sonia Davison berkata, wanita yang kurang berpuas hati dengan persetubuhan mempunyai tahap kesihatan yang rendah dan kurang bertenaga.

"Ini menunjukkan kepentingan kepuasan seks sebagai antara bahagian penting penjagaan kesihatan kerana wanita kurang selesa bercakap mengenai isu itu dengan doktor," katanya.

- Agensi



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP