GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 18 Oktober 2011

Video : Pelumba maut dalam nahas di litar


* KERETA lumba dipandu Dan Wheldon (kiri) dan sebuah lagi kereta lumba berlanggar dalam perlumbaan IndyCar di Las Vegas kelmarin. - AP

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Pelumba kereta IndyCar, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan ngeri melibatkan 15 buah kereta lumba di litar Las Vegas Motor Speedway di sini.

Pelumba dari Britain yang berusia 33 tahun itu maut selepas keretanya melayang dan melepasi beberapa kereta lumba lain dan merempuh dinding di luar selekoh kedua trek itu.

Keretanya itu kemudian dirempuh beberapa kereta lain dalam kelmarin.Tiga pemandu lain termasuk pesaing terdekatnya, Will Power cedera dalam kemalangan berangkai di litar sepanjang 2.4 kilometer itu.

Kematian Wheldon diumumkan dua jam selepas kemalangan yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah perlumbaan itu.

"IndyCar amat sedih untuk mengumumkan bahawa Dan Wheldon meninggal dunia akibat cedera parah," kata Ketua Pegawai Eksekutif IndyCar, Randy Bernard.

Seramai 34 pelumba bersaing dalam perlumbaan kelmarin. Kereta lumba yang dipandu mereka boleh mencecah kelajuan 360 kilometer sejam. - Agensi

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP