GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 18 Oktober 2011

Salun cuci telinga di Tokyo

TOKYO - Salun-salun yang menawarkan perkhidmatan gadis-gadis mencuci telinga pelanggan kembali popular di Jepun selepas kerajaan membenarkan mereka yang tidak mempunyai latihan perubatan turut menawarkan perkhidmatan itu.

Salun Yamamoto Mimikakiten di sini mendapat sambutan hangat dengan pelanggan membayar AS$35 (RM108.64) untuk sesi selama setengah jam


* TELINGA seorang pelanggan lelaki dicuci oleh seorang gadis yang memakai kimono di salun Yamamoto Mimikakiten, Akihabara pada 27 September lalu.

Pelanggan di salun Yamamoto akan baring di riba wanita cantik yang berpakaian tradisi kimono dan akan mencuci organ tersebut sambil berbual mesra.

"Saya datang ke tempat ini untuk menenangkan fikiran. Isteri saya ada juga membersihkan telinga saya tetapi suasana di sini berbeza," kata seorang pelanggan lelaki salun berkenaan, Takahisa Kobayashi.

Perkhidmatan yang diberikan, kata Kobayashi, membuatkan dia terkenangkan cara ibunya mencuci telinganya dengan lembut di zaman kanak-kanak.

Pengurus salun itu, Satoru Takahashi berkata, hanya lima peratus pelanggan adalah wanita manakala bakinya ialah lelaki.

Satu notis pemberitahuan di meja penyambut tetamu menyatakan salun itu tidak menawarkan perkhidmatan seks.

Salun itu mempunyai laman webnya iaitu www.yamamotomimikaki.com/index.php bagi menunjukkan hambar-gambar gadis yang bekerja mencuci telinga.

Terdapat juga salun lain yang menawarkan gadis memakai pakaian seperti amah untuk mencuci telingan para pelanggan. - AFP

* Sumber Kosmo! Online



2 Merujuk kepada perkara diatas :

fidah adie 18 Oktober 2011 pada 12:06 PTG  

haha...sampai nak bersihkan telinga pun nak pegi salun.. :P



http://fidahadie.blogspot.com

Maira Quee 18 Oktober 2011 pada 2:39 PTG  

pemalas betul la..telinga sendiri kot..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP