GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 15 Oktober 2011

Jenayah siber di Pahang membimbangkan


KUANTAN — Kes jenayah siber di Pahang dilihat semakin membimbangkan dengan sebanyak 183 kes dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini membabitkan kerugian RM1.5 juta.

Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan internet dan telefon bimbit menyebabkan ramai mudah tertipu dengan sindiket jenayah siber.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Thomas Navamoney berkata, kejadian terbaru ialah pada akhir September melibatkan seorang wanita, 60, dan lelaki, 40-an, yang ditipu secara berasingan oleh sindiket terbabit.

"Kedua-dua mangsa kerugian RM400,000 (RM200,000 setiap seorang).

Mangsa dilapor mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mendakwa dari pihak Bank Negara yang mengatakan mangsa perlu segera memindahkan wang ke dalam sebuah akaun lain (akaun sindiket terbabit) bagi mengelakkan mangsa didakwa kerana telah melakukan aktiviti wang haram di Hong Kong.

Thomas berkata, ramai yang menjadi mangsa jenayah siber sebenarnya tidak sedar mereka telah mendedahkan maklumat peribadi serta akaun bank kepada sindiket terbabit. — Bernama

* Sumber



2 Merujuk kepada perkara diatas :

Cipina 15 Oktober 2011 pada 8:08 PTG  

macam - macam cara diorang ni nak perdaya orang. kreatif2 pulak tu.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP