GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 12 Oktober 2011

Rumah ada tiang tarian bogel tiada pembeli


LONDON - Jade Jagger iaitu anak perempuan penyanyi rock terkenal, Mick Jagger masih mencari pembeli yang mahu membeli rumahnya di London Utara, lapor sebuah akhbar semalam.

Jika dilihat dari luar, rumah empat bilik itu kelihatan seperti sebuah kediaman yang terletak dalam sebuah kawasan perumahan elit dan dihormati. Namun, satu laman web ejen hartanah menunjukkan rumah Jade itu mengandungi sebatang tiang untuk tarian bogel di dalam bilik mandinya.

* Jade Jagger
Tiang itu sama seperti yang terdapat di kelab-kelab bogel. Ia menjadi persoalan sama ada rumah keluarga itu perlu mempunyai tiang tarian bogel? Walaupun terdapat tiang itu, Jade kini bergelut mencari pembeli selepas dia menyiarkan iklan untuk menjualnya 18 bulan lalu.

Pada asalnya, Jade mahu menjual rumah itu pada harga £1.75 juta (RM9.68 juta) semasa mula mengiklankannya pada 2008. Selepas 12 bulan, dia mengurangkan harga jualan sebanyak £250,000 (RM1.3 juta) selepas gagal mencari seorang pembeli. Jade yang berumur 38 tahun dan mempunyai dua anak itu bekerja sebagai pereka barangan kemas berlian. - Agensi

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP