GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 12 Oktober 2011

Coklat boleh kurangkan risiko strok


STOCKHOLM 11 Okt. - Makan coklat terlalu kerap tidak dianggap perkara yang buruk, lebih-lebih lagi jika ia coklat hitam.

Menurut satu kajian di Sweden yang disiar dalam Jurnal American College of Cardiology, lebih daripada 33,000 wanita menyatakan lebih banyak coklat yang mereka makan, lebih rendah risiko mereka mendapat serangan strok.

Hasil keputusan itu menambah kepada bukti yang menghubungkan antara penggunaan koko dan kesihatan jantung tetapi ia tidak bermakna wanita tersebut boleh sesuka hati mengunyah coklat.

"Berdasarkan pemerhatian reka bentuk kajian tersebut, penemuan-penemuan kajian ini tidak dapat membuktikan sepenuhnya bahawa coklat mampu mengurangkan risiko strok," kata Susanna Larsson dari Karolinska Institute, Stockholm.

Ahli saintis membuat spekulasi terdapat kandungan antioksida yang tinggi dikenali sebagai flavonoid dalam coklat yang mampu memberi kesan perlindungan ke atas kesihatan.Menurut Larsson, kandungan flavanoid berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi, iaitu risiko bagi serangan strok dan memulihkan pengaliran darah yang dikaitkan dengan kesihatan jantung.

Walaupun Larsson percaya ia mempunyai faedah kesihatan, dia turut menyatakan pengambilan coklat yang terlalu banyak boleh memudaratkan kesihatan.

"Coklat harus dimakan secara sederhana kerana mempunyai kandungan kalori dan gula yang tinggi, serta berlemak,"Oleh kerana coklat hitam mengandungi lebih banyak koko dan gula yang kurang daripada coklat susu maka penggunaan coklat hitam lebih bermanfaat," katanya. - Reuters

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Nizam 12 Oktober 2011 pada 3:00 PTG  

Makan tak de ke had gamoknye ni...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP