GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 12 Oktober 2011

Wanita bersalin selepas sertai maraton


* AMBER MILLER kelmarin mendukung anaknya di Hospital DuPage Central di Winfield, Illinois. - AP

CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita hamil di pinggir bandar raya ini yang mengalami sakit perut beberapa minit selepas dia menamatkan larian maraton Chicago selamat melahirkan seorang bayi perempuan beberapa jam kemudian.

Wanita berkenaan, Amber Miller hamil hampir 39 minggu apabila dia menyertai larian marathon sejauh 42 kilometer (km) itu pada pagi Ahad lalu.

Dalam satu wawancara telefon bersama akhbar The Daily Herald dari katil hospital tempat dia dirawat, Miller berkata, doktornya membenarkan dia berlari untuk separuh maraton tersebut dan berjalan kaki selepas itu.Menurut Miller, dia mengalami kontraksi selepas menamatkan larian tersebut dalam masa enam jam dan 25 minit.

Apabila kesakitan yang dialaminya berterusan dia terus menuju ke hospital tetapi sempat membeli hidangan sandwic untuk mengalas perut.

Anak perempuannya, June dilahirkan pada pukul 10.29 malam waktu tempatan dengan berat 3.54 kilogram.Menurut Miller lagi, dia gembira dengan kelahiran itu tetapi berkata: "Ahad tersebut merupakan hari paling panjang dalam hidup saya". - AP

* Sumber Kosmo! Online



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Nizam 12 Oktober 2011 pada 12:39 PTG  

Mujor tak terberanok de jalan....

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP