GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 15 November 2011

Ditangkap polis kerana bogel di pantai

* GAMBAR menunjukkan beberapa anggota polis mengiringi wanita yang berbogel di pantai Sandown, Britain baru-baru ini.

NEWPORT, England - Sepasang kekasih ditangkap oleh enam anggota polis kerana berbogel dan berasmara di hadapan sejumlah ibu bapa di tepi pantai peranginan Sandown, Isle of Wight, lapor sebuah akhbar semalam.

Adegan itu bermula apabila seorang wanita berambut perang dan berusia 22 tahun dari Ireland Utara bersama dengan kekasih lelakinya dari Surrey melompat-lompat di hadapan beberapa ibu bapa dan anak-anak mereka dengan berpakaian renang pada waktu tengah hari, baru-baru ini.

Namun, wanita itu menanggalkan colinya menyebabkan sekumpulan pengunjung bar yang berdekatan di pantai tersebut bersorak. Menurut seorang saksi, seluar dalam wanita itu kemudian dilucutkan oleh kekasihnya. 

Enam anggota polis bergegas ke pantai itu selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai adegan tersebut. Pasangan tersebut ditahan kerana mewujudkan situasi lucah dan berkelakuan tidak sopan.

Pasangan itu dipercayai berada di pantai berkenaan kerana mengunjungi festival muzik tahunan terbesar di pulau tersebut di Seaclose Park dekat sini. - Agensi

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP