GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 15 November 2011

Keluarga Singapura pertama di Asia ikuti pelancongan angkasa lepas


* Pesawat WhiteKnightTwo, yang membawa kapal angkasa SpaceShipTwo terbang melintasi Spaceport America, timur laut Truth Or Consequences di New Mexico pada 17 Oktober 2011. - AFP

SINGAPURA 14 Nov. - Seorang ahli perniagaan Singapura bersama isteri dan dua anaknya bakal menjadi penumpang pertama dari benua Asia ke angkasa lepas selepas dilaporkan membayar AS$1 juta (RM3 juta) bagi mengikuti pakej pelancongan oleh syarikat Virgin Galactic.

"Semalam saya makan tengah hari bersama seorang ahli perniagaan di Singapura dan selepas itu dia menandatangani cek berjumlah AS$1 juta (RM3 juta) untuk menempah bukan hanya satu kerusi tetapi satu pesawat.

"Identitinya dirahsiakan kerana beliau mahu membuat kejutan kepada isterinya dan mereka akan menjadi keluarga dari Asia yang pertama menyertai penerbangan ke angkasa lepas," kata Pengarah Komersial Virgin Galactic, Stephen Attenborough ketika persidangan pasaran dan media antarabangsa di sini hari ini.

Attenborough berkata, keluarga ahli perniagaan itu dijadualkan menyertai penerbangan pada tahun pertama operasi yang dijangka bermula pada 2013, sekali gus menjadi orang awam pertama mengembara ke angkasa lepas. - AFP

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP