GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 6 Februari 2012

John Travolta derma jet


LOS ANGELES 4 Feb. - Aktor John Travolta mendermakan jet eksekutifnya, G-2 Gulfstream, kepada Georgia Aviation Hall of Fame sebagai tanda memperingati kematian anak lelakinya, Jett pada 2009.

Jurucakap Pangkalan Tentera Udara Robins, Chrissy Miner memberitahu Sun News di Macon, jet itu akan membuat kemunculan pertamanya di pameran udara pada April ini.

Menurutnya, ia kemudian akan dipindahkan ke muzium penerbangan itu yang terletak di Warner Robins, Georgia.

Jet itu dilaporkan memiliki dua enjin dan 14 tempat duduk.

Travolta yang merupakan seorang juru terbang dan penggemar pesawat mempunyai kelayakan untuk menerbangkan beberapa jenis kapal terbang termasuk Boeing 707B.

Anak lelakinya, Jett meninggal dunia pada 2009 pada usia 16 tahun akibat cedera ketika diserang sawan.

Travolta dalam pada itu dilaporkan bakal membintangi filem baru, Savages bersama Salma 
Hayek, Demian Bichir and Blake Lively. - AGENSI

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP