GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 5 Februari 2012

Wanita umur 39 tahun paling diingini lelaki

Sofia Vergara


Pelakon Sofia Vergara jadi pilihan pembaca majalah AskMen 2012 

LOS ANGELES: Apa yang paling kerap diperkatakan ialah wanita muda paling dikejar oleh industri filem Hollywood tetapi ini tidak benar sekurang-kurangnya tahun ini berdasarkan kriteria pembaca majalah AskMen bagi senarai ‘99 Wanita Paling Diingini’ selepas aktres seksi Sofia Vergara menduduki tempat teratas, minggu ini.
Malah, ketika pelakon Modern Family itu yang berusia 39 tahun terpilih, pelakon terkenal seperti Jennifer Aniston dan Angelina Jolie yang lebih muda dan glamor tidak langsung masuk dalam senarai itu.
Vergara menduduki tempat ke-3 senarai berkenaan tahun lalu. Malah, pemenang tahun lalu, Blake Lively berada di tempat ke-31 kali ini. 

Ini bermakna Vergara mengalahkan orang lebih muda termasuk Miranda Kerr yang berada di tempat ke-4, Nicki Minaj (5), Emma Stone (6), Scarlett Johansson (7) serta Candice Swanepoel (10). 

Vergara nyata gembira dengan pencapaiannya apabila memberitahu laman web majalah berkenaan: “Saya rasa sungguh dihargai sebagai wanita paling diingini pembaca AskMen tahun ini. Terima kasih kepada mereka yang mahukan saya.” 

Ketiadaan Aniston dan Jolie mungkin menandakan lelaki sudah mengubah selera atau kriteria mereka. Sebab itu mereka memilih Vergara selain Kim Kardashian yang berada di tempat ke-8, Rihanna (9) dan Zooey Deschanel (12). 

Senarai yang dikeluarkan AskMen kali ini adalah yang ke-11 sejak dilancarkan dan lebih sejuta pembaca mengundi pilihan mereka bagi senarai 2012. 

Penyingkiran Aniston dan Jolie juga dianggap pembaca majalah itu kini mengutamakan muka baru dan ia ketara bagi pilihan lima teratas dengan model Kate Upton di tempat ke-2 selepas tiada dalam senarai tahun lalu. 

Selepas Upton ialah Rooney Mara di tempat ke-3 yang semakin dikenali menerusi filem The Girl with the Dragon Tattoo yang disusuli pencalonan Oscar. 

Antara paling melonjak ke kedudukan lebih tinggi termasuk aktres Glee, Lea Michele yang kini di tempat ke-19 berbanding 91, tahun lalu dan penyanyi Selena Gomez di tempat ke-14. – Agensi 


* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP