GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 8 Ogos 2012

ADUN Kota Shah Alam M.Manoharan mohon maaf kepada Chong Wei


TWITTER Manoharan yang menyatakan permohonan maaf kepada Chong Wei semalam.
KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan akhirnya memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya atas kata-kata menyinggung perasaan menerusi Twitter, mempersenda pencapaian pingat perak Olimpik pemain badminton negara itu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya buat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.
"Saya benar-benar berharap permohonan maaf saya diterima," katanya dalam akaun Twitter @mmanoADUN. Mesej Twitter ADUN DAP itu mengenai perlawanan akhir badminton perseorangan di Olimpik London, Ahad lepas, menerima kritikan hebat orang ramai tanpa mengira sempadan politik dengan menyifatkan beliau sebagai biadap dan bersikap perkauman.
Antara lain Manoharan dipetik sebagai berkata: Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY dan menyarankan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), apa pun ganjaran kewangan yang dijanjikan untuk Chong Wei, baiklah diberikan kepada Lin Dan.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, mesej Twitter Manoharan itu tidak dapat dimaafkan dan tidak sepatutnya dilakukan.
Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Terbakor 8 Ogos 2012 pada 4:37 PTG  

komen tanpa berfikir dulu camtu la.. terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata?

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP