GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 8 Ogos 2012

Janda cair ayat cinta Nigeria


KUALA LUMPUR: Enam lelaki warga Nigeria yang memberi cinta palsu kepada seorang janda melalui laman sosial facebook hingga mendorongnya menyerahkan wang lebih RM10,000 ditahan selepas mangsa membuat laporan polis sebaik menyedari ditipu.

Lelaki terbabit dikatakan menghantar kata-kata manis berbaur cinta ke facebook mangsa menyebabkan janda berkenaan ‘mabuk’ cinta walaupun ketika itu mereka baru tiga bulan berkenalan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, mangsa berusia 54 tahun yang juga eksekutif sebuah syarikat swasta mula berkenalan dengan suspek pada Jun lalu melalui laman sosial facebook.

Menurutnya, selepas beberapa bulan berkenalan dan pasti mangsa benar-benar sudah jatuh cinta, suspek dikatakan mula memasang perangkap kononnya dia mahu menghantar hadiah berharga sebagai menghargai hubungan mereka.

“Bagaimanapun, barang dijanjikan tidak kunjung tiba sebaliknya mangsa menanggung pelbagai kos kiriman berjumlah lebih RM10,000 sebelum menyedari tertipu dan tampil membuat laporan polis.

* Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP