GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 13 Ogos 2012

Antara Geng geng yang dicekup Polis hari ini


Geng Latin Papillon ditangkap


SHAH ALAM — Polis percaya mereka dapat menyelesaikan enam kes pecah rumah di sekitar Shah Alam dengan tertangkapnya tujuh lelaki anggota Geng Latin Papillon.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata kegiatan mereka yang mensasarkan rumah mewah di sini dipatahkan dengan tertangkapnya seorang suspek berumur 49 tahun pada pukul 8 malam 3 Ogos lepas, ketika berjalan-jalan dalam keadaan mencurigakan semasa bertembung dengan sepasukan polis yang melakukan rondaan di Seksyen 8 di sini.
Hasil siasatan ke atas suspek pertama, polis kemudiannya menahan enam lagi suspek pada 9 Ogos lepas di Kondominium Papillon Desa Hill di Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. — BERNAMA
Geng Tarawih tumpas

TUMPAT — Polis menumpaskan satu sindiket dikenali sebagai ”Geng Tarawih” berikutan tertangkapnya lima lelaki yang disyaki mencuri motosikal ketika pemiliknya menunaikan solat Tarawih sejak awal Ramadan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, pihaknya mengesan lima kes kecurian motosikal di beberapa masjid sekitar Wakaf Baharu, dua di Masjid Pak Kerau dan satu di Masjid Pengkalan Kubur.
"Kesemua kejadian itu berlaku semasa jemaah masjid sedang mengerjakan solat Tarawih, dan melibatkan kerugian kira-kira RM24,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
Beliau berkata semua suspek, termasuk seorang pelajar, berusia lingkungan 17 dan 26 tahun, ditahan dalam beberapa serbuan di Wakaf Baharu, Wakaf Che Yeh serta Pengkalan Chepa.
"Dalam serbuan itu, kami berjaya merampas enam motosikal disyaki dicuri di daerah Tumpat, tetapi kebanyakkan komponen kenderaan itu telah dileraikan,” katanya. — BERNAMA
Polis tumpas Geng Sari dan Geng Kulmit
IPOH — Polis Ipoh menahan sembilan orang termasuk empat wanita membabitkan dua kumpulan jenayah yang aktif di bandar raya ini, menerusi dua serbuan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata kesemua suspek yang berusia antara 30 hingga 56 tahun itu merangkumi lima anggota ”Geng Sari dan empat ”Geng Kulmit”.
Tiga daripada anggota Geng Sari itu ditahan di sebuah rumah di bandar raya ini, manakala dua lagi ditangkap di Kampung Ara Payong, Batu Gajah, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemui pelbagai jenis barang yang dicuri mereka termasuk barangan kemas, beg tangan, telefon bimbit serta beberapa botol minuman keras dengan anggaran nilai RM5,000.
Kumpulan ini dikenali Geng Sari kerana menggunakan suspek wanita berpakaian sari menghampiri wanita yang bersendirian di kawasan seperti tempat menunggu bas atau di rumah dengan berpura-pura mahu membantu. — BERNAMA

Polis buru ketua Geng Tikus


JOHOR BAHARU - Polis sedang memburu ketua Geng Tikus yang masih bebas setelah lima anggota geng itu ditahan di sebuah rumah di Taman JP Perdana awal bulan ini.
Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata suspek dikenali sebagai Lee Sai Kiew, 40, yang beralamat terakhir di No 280 Cheroh, Raub, Pahang.
“Geng ini disyaki terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kereta di sekitar Iskandar Malaysia,” katanya.
Dalam serbuan 5.30 pagi pada 4 Ogos itu, anggota kumpulan itu yang ditahan terdiri daripada empat lelaki tempatan dan seorang wanita Indonesia, berumur lingkungan 25 hingga 30 tahun.
Mohd Mokhtar berkata, siasatan mendapati tiga daripada mereka mempunyai tujuh rekod kesalahan termasuk bunuh, samun, curi kenderaan dan dadah. — BERNAMA
* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP