GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 6 Ogos 2012

Curi makanan di kawah gunung berapi


BEBERAPA orang cuba untuk menangkap daging ayam di Gunung Bromo, Jawa Timur kelmarin.
JAKARTA - Ratusan penduduk Indonesia sanggup memanjat gunung berapi Bromo setinggi 2328.98 meter untuk mencuri makanan yang dilemparkan oleh penganut agama Hindu ke kawah gunung itu di Jawa Timur kelmarin.
Sebahagian mereka membawa batang kayu yang mempunyai jaring bagi menangkap daging ayam, sayur-sayuran, beras dan buah-buahan yang dibaling oleh para penganut agama tersebut.
Turut dicampak oleh para penganut itu ialah wang.
Para penganut itu melakukan perbuatan tersebut dalam Festival Yadnya Kasada.
Mereka berharap akan memperoleh tuah yang baik untuk diri dan keluarga selepas melakukan perbuatan tersebut.
Para penganut Hindu menganggap perbuatan itu adalah sebagai pengorbanan untuk tuhan.
 - Agensi

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP