GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 23 Ogos 2012

Penduduk bimbang muzik reggaeton


GAMBAR fail pada 15 Julai lalu menunjukkan beberapa anggota polis mengiringi para peminat muzik reggaeton selepas mereka merosakkan kereta kerana marah selepas konsert muzik itu dibatalkan.
BANDAR RAYA MEXICO - Penduduk di Mexico kini bimbang dengan perkembangan muzik reggaeton yang merupakan gabungan muzik hip hop .
Muzik itu dianggap seksual dan ia dipersalahkan kerana beberapa siri kejadian kecurian dan penyeludupan dadah.
Pada bulan lalu, polis membatalkan konsert muzik tersebut yang diadakan di kawasan perumahan Zona Rosa di sini.
Para peminat muzik itu merosakkan kereta dan menduduki sebuah pasar raya tempatan selepas konsert tersebut dibatalkan.
"Jiran-jiran yang tinggal berdekatan dengan kejadian tersebut takut dengan para peminat muzik itu," menurut tajuk sebuah akhbar Reforma.
Muzik itu berasal dari Puerto Rico pada awal tahun 2000.
Para peminat muzik itu berambut mohawk dan bersumbang.
Bagaimanapun, seorang remaja berusia 16 tahun, Donovan Leal berkata: "Saya pergi menari, tidak mengambil dadah tetapi mereka menyatakan saya budak jahat."
Muzik itu diperdengarkan di kelab malam di bandar raya ini yang dianggap oleh para peminatnya sebagai irama yang hebat. - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP