GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 23 Ogos 2012

Susu Kangkang tumpas


KAJANG: Satu lagi kumpulan penjenayah ‘Geng Susu Kangkang’ yang mencuri susu bayi serta barangan kegunaan harian dari pasar raya dengan menyorokkannya dalam baju kurung atau jubah dipakai mereka ditumpaskan polis.

Kali ini membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu di sekitar kawasan ini sejak dua tahun lalu, selain sembilan individu, dua daripadanya wanita disyaki menjadi pembeli barangan yang dicuri.

Mereka dicekup polis ketika cuba melarikan diri selepas dua wanita keluar dari sebuah pasar raya dengan baju yang sarat berisi susu tepung bayi sebelum menaiki dua kereta kira-kira jam 4.30 petang di Batu 9 Cheras, 16 Ogos lalu.'

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, susulan itu polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang cuba melarikan diri menaiki kereta Proton Persona, manakala satu lagi kenderaan dinaiki empat suspek melepaskan diri.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki terbabit berusia antara 24 dan 30 tahun serta positif dadah manakala suspek wanita berusia 28 tahun.

“Semua suspek mempunyai satu hingga lima rekod jenayah lampau kebanyakannya kes mencuri dalam bangunan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

Ab Rashid berkata, berikutan penahanan empat suspek itu polis merampas 16 tin susu tepung bayi pelbagai jenis, 30 kotak ubat gigi, penyembur lada hitam dan juga cota besi boleh laras yang dipercayai digunakan suspek untuk menyerang sesiapa yang cuba menghalang mereka.

Menurutnya, susulan tangkapan pertama itu, pihaknya menyerbu sebuah kedai ubat di Taman Gembira, Kuala Lumpur kerana pemiliknya dipercayai menjadi pembeli barangan curi daripada sindiket berkenaan sebelum menjualnya.

Katanya, dalam serbuan itu, polis menahan lima lelaki termasuk seorang pemilik kedai dan dua wanita warga Indonesia dipercayai bersubahat dalam kegiatan jenayah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas kedai berkenaan, polis merampas beberapa lagi barangan dipercayai dicuri dari pasar raya yang semuanya bernilai lebih RM10,000.

“Polis turut menahan dua lelaki berusia 20 dan 30 tahun di sebuah rumah di Bukit Tinggi, di Klang, yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau serta merampas beberapa barangan dipercayai dicuri di sembunyikan di rumah berkenaan,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, suspek mula bergiat dalam kegiatan curi susu sejak 2010 di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan terbabit dalam sekurang-kurangnya 17 kes sejak awal 2012 di Kajang saja.

“Kita tidak menolak kemungkinan kumpulan ini saki-baki ahli kumpulan yang melakukan kegiatan serupa di Kangar, Perlis dan sudah ditahan April lalu. Kini mereka mengalih tumpuan untuk menjalankan aktiviti berkenaan di Lembah Klang,” kata Ab Rashid.

Beliau berkata, suspek kini direman dan tempoh reman akan dilanjutkan kerana pihaknya masih memburu sekurang-kurangnya lima lagi suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK).

Pada 11 April lalu, Harian Metro melaporkan dua pasangan suami isteri dengan masing-masing mempunyai tiga anak, antara enam suspek yang dicekup polis berkaitan kejadian curi susu tepung berjenama di dua pasar raya, di Kangar, Perlis.

Mereka adalah sebahagian daripada 11 suspek Geng Kangkang yang memasuki premis itu sebelum mencuri puluhan susu tepung berjenama dengan menyembunyikannya di celah kelangkang lima suspek wanita yang berbaju kurung dan bertudung labuh.

* Sumber myMetro



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP