GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 10 Ogos 2012

Pesan TV dapat raifal


Raifal yang di terima Seth Horvitz

WASHINGTON: Polis di bandar raya ini semalam menyiasat bagaimana seorang penduduk tempatan yang memesan set televisyen warna melalui Amazon.com, sebaliknya mendapat raifal separa automatik yang berkuasa tinggi.

Seth Horvitz yang tinggal di timur laut ibu negara Amerika Syarikat itu berkata, dia segera menghubungi polis selepas terkejut khidmat penghantaran bungkusan meninggalkan raifal SIG Sauer ala-tentera, SIG716 di depan pintu apartmennya.

“Pada mulanya, mereka (polis) agak keliru. Mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu,” katanya kepada stesen televisyen tempatan, Fox 5. “Mereka hanya mengambil maklumat saya dan kemudian berkata: “Kami akan uruskan senjata ini kerana menyimpannya di sini menyalahi undang-undang. Ia juga salah untuk dibawa ke dalam kereta, jadi ia tidak boleh dipulangkan,” katanya.

Sementara kotak bungkusan itu dialamatkan kepada Horvitz yang memesan televisyen skrin rata daripada peruncit pihak ketiga melalui Amazon.com, invois di dalam kotak bungkusan menyatakan senjata api itu sepatutnya dihantar ke kedai senjata api di Pennsylvania. Jurucakap Jabatan Polis Washington memberitahu media, kes itu yang berlaku ketika kejadian pembunuhan secara besar-besaran di negara terbabit tercetus kurang daripada sebulan, masih disiasat. - AFP

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP