GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 21 Oktober 2012

MotoGP: Zulfahmi catat sejarah podium pertama


 Zulfahmi Khairuddin
SEPANG — Pelumba Jerman Sandro Cortese meraih kejuaraan grand prix keempatnya dan dimahkotakan juara dunia Moto3 pertama, sementara pelumba Malaysia, Zulfahmi Khairuddin daripada AirAsia-SIC-Ajo Team pula menaiki podium buat kali pertama pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2012, di sini hari ini.
Cortese yang bermula dari barisan hadapan bersama Zulfahmi, menamatkan perlumbaan 18 pusingan itu dalam masa 40 minit 54.123 saat. Beliau menewaskan Zulfahmi dengan hanya 0.028s.
Pelumba Jerman Jonas Folger daripada Mapre Aspar Team Moto3 meraih tempat ketiga dengan 40”54.370s.
“Saya masih tidak percaya saya juara dunia. Saya tidak menjangka kejayaan ini dicapai di sini. Pada dua pusingan terakhir, saya memberi tekanan sedikit kepada Fahmi (Zulfahmi) dan tindakan itu berhasil,” kata Cortese.
Dengan kemenangan itu, Cortese mengumpul 280 mata iaitu 73 mata mengatasi pencabar terdekat Luis Salom daripada RW Racing GP yang mengumpul 207 mata, dengan baki dua perlumbaan dan kutipan 50 mata maksimum. 
— BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP