GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 21 Oktober 2012

Pembedahan Plastik Ubah Wajah Mandy Moore


Perubahan wajah Mandy membuatkan ramai yang tidak sedar akan kewujudannya pada pelancaran butik 'Major Must Have'
NAMPAKNYA usia muda bukanlah satu alasan buat pelakon dan penyanyi Mandy Moore untuk mengubah wajahnya menerusi pembedahan plastik.
Menurut laporan RadarOnline, salah seorang doktor pakar bedah plastik Dr. Anthony Youn, menganggap Mandy, 28, telah melakukan pembedahan plastik pada wajah sehingga ia benar-benar menjejaskan rupa aslinya.
Perubahan wajah Mandy yang begitu ketara itu mula disedari ketika selebriti itu ditemui pada pelancaran butik Rachel Zoe dan Jockey iaitu 'Major Must Have' di West Hollywood, California, Rabu lalu.
Wajah Mandy sebelum ini dilihat lebih manis berbanding sekarang.
"Tidak mungkin wajahnya berubah dengan teknik urutan atau senaman kerana saya suspek dia mungkin telah melakukan suntikan Botox di bahagian dahi sehingga menyebabkan keningnya menjadi rata.
"Dia juga mungkin membuat implan dagu bagi mendapatkan wajah yang lebih bersegi," katanya.
Pada majlis pelancaran 'Major Must Have', ramai yang tidak sedar dengan kehadiran Mandy gara-gara perubahan ketara pada wajahnya.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP