Akibat Cinta tiga segi, pasangan dibunuh
Tweet
KUALA LUMPUR - Cinta tiga segi disyaki menjadi punca pasangan kekasih berketurunan Madura, Indonesia ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di kawasan perumahan Kampung Changkat, Gombak, dekat sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata polis mengesyaki suami kepada wanita pasangan kekasih itu telah menyerang kedua-dua mereka dengan sebatang kayu dalam kejadian antara 3 dan 4 pagi.
"Mangsa lelaki dikenali sebagai Kusnul manakala polis belum mengenali identiti mangsa wanita dan kedua mereka berumur dalam lingkungan 30-an,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
Siasatan awal polis mendapati mayat lelaki itu ditemui di bahagian dapur manakala mayat wanita berkenaan ditemui di dalam salah satu bilik dalam rumah itu dan tiada kesan pecah masuk. Kedua-dua mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan polis sedang memburu suami wanita itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan