GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 23 November 2012

Penduduk Singapura paling rendah emosi


Singapura: Rakyat Singapura paling kurang emosi, mengatasi warga Georgia, Lithuania dan Russia dalam tinjauan ke atas lebih 150 negara, menurut tinjauan Gallup. 

Antara soalan tinjauan kepada mereka ialah Adakah anda cukup rehat kelmarin, Adakah anda dilayan dengan hormat sepanjang hari kelmarin? dan Adakah anda senyum atau ketawa kelmarin? 

Hanya 36 peratus rakyat Singapura melaporkan rasa positif atau negatif setiap hari, manakala 60 peratus penduduk Filipina kerap melaporkan merasai kedua-duanya, reaksi tertinggi di dunia. 


Jika anda nilai Singapura secara tradisional, mereka di antara negara yang paling terurus di dunia. 

Tetapi, markah mereka rendah jika ambil kira faktor yang menyumbang kepada kehidupan bermakna, kata jurucakap Gallup, Jon Clifton, dalam laporan Bloomberg. 

Warga Singapura paling kurang emosi, tidak pasti apa yang saya patut rasa dalam hal itu, menurut tweet di Singapura. 

Tinjauan itu satu pembohongan. Saya guna banyak ikon emosi untuk luah perasaan amat puas hati, komen seorang pembaca portal berita online Today. 
Kira-kira 5.2 juta penduduk di republik itu bekerja sehingga 46.6 jam seminggu, paling lama di dunia, menurut ILO. 

Hanya dua peratus tenaga kerja negara itu mengakui fokus bekerja, lapor Bloomberg, manakala purata global adalah 11 peratus. Seorang penduduk, Adrianna Tan, pula menolak tinjauan itu. 

Setiap budaya berbeza. Penduduk Eropah suka tidur petang, sesuatu yang dilihat sebagai sifat malas bagi penduduk Asia. 

Anda tidak boleh seragamkan cara hidup, kata perunding teknologi maklumat berusia 27 tahun itu. 

Di Filipina yang diletakkan sebagai masyarakat paling berperasaan di dunia, diikuti El Savador dan Bahrain. Penganalisis berpendapat emosi tidak semestinya hanya mengenai kegembiraan. 

-Agensi


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP