Di Penjara 80 tahun sebabkan kematian 4 kanak kanak
Tweet
HOUSTON - Seorang wanita Texas yang disabitkan kesalahan membunuh dihukum penjara 80 tahun selepas rumah jagaan hariannya terbakar dan menyebabkan kematian empat kanak-kanak.
Jessica Tata disabitkan kesalahan menyebabkan kematian bayi berusia 16 bulan, Elias Castillo manakala tiga kanak-kanak lain cedera pada 24 Februari 2011.
Selain Castillo, tiga lagi kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran itu ialah Elizabeth Kojah berusia 20 bulan, Kendyll Stradford, 20 bulan dan Shomari Dickerson, 3.
Tata didakwa keluar dari rumah untuk membeli-belah di kedai berdekatan dan meninggalkan kanak-kanak berkenaan bersendirian manakala kuali masak sedang panas di dapur, yang didakwa punca kepada kebakaran.
Selain dihukum penjara 80 tahun, Tata turut didenda AS$10,000.
Pendakwa Raya Connie Spence memberitahu juri, “apa yang lebih bernilai dalam kehidupan kanak-kanak?"
"Apa yang kita mahukan ketika ini ialah keadilan,” katanya.
Peguam bela Tata bagaimanapun meminta juri mempertimbangkan hukuman supaya tidak terpengaruh kata-kata pendakwa dan menegaskan Tata seorang yang baik tetapi telah membuat kesilapan.
Sejurus selepas kebakaran, Tata melarikan diri ke Nigeria tetapi berjaya ditahan Mac tahun lalu.
Menurut media AP, Tata ialah warganegara Nigeria walaupun dilahirkan di AS.
* Sumber berita sinarharian
Jessica Tata disabitkan kesalahan menyebabkan kematian empat kanak-kanak tahun lalu. - Foto ihsan NBC News

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan