Penjaga tokong rogol 3 wanita
Tweet
Suspek berusia 50 tahun itu dikatakan merogol mangsa sejak awal tahun dengan membawa mereka pulang ke rumah atau di hotel.
Lelaki terbabit mendakwa mempunyai kepakaran dalam membuang sial selain mampu menurunkan ilmu itu kepada sukarelawan, menyebabkan mangsa sanggup mengikutnya.
Setibanya di lokasi, suspek akan memberikan sejenis minuman kepada mangsa menyebabkan wanita terbabit tidak sedarkan diri sebelum menjadi mangsa rogol.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata selepas merogol mangsa yang berusia 18 hingga 20 tahun, suspek kemudian mengugut wanita itu supaya tidak melaporkan kepada polis dan perkara buruk akan berlaku sekiranya ingkar.
Bagaimanapun, katanya, seorang mangsa membuat laporan polis pada Isnin lalu yang mendakwa dirogol suspek di rumahnya sebelum polis menangkap lelaki terbabit di depan tokong di Jalan Sri Damansara, Kepong Baru pada hari sama.
Katanya, suspek yang sudah menjaga tokong itu sejak beberapa tahun lalu menggunakan modus operandi sama terhadap mangsanya dan sesiapa yang menjadi sukarelawan di tokong terbabit akan menjadi mangsa.
Sehingga kini, suspek sekurang-kurangnya merogol tiga wanita sejak April lalu dan kejadian terbaru adalah minggu lalu. Polis percaya masih ramai yang menjadi mangsa lelaki itu dan meminta mereka tampil membuat laporan polis.
Hasil ujian air kencing yang dilakukan juga mendapati suspek positif dadah dan kini ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut, katanya di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Chin Wah berkata, pihaknya mengesan 16 lelaki berusia 20 hingga 50-an dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah di sekitar ibu negara sejak empat tahun lalu.
* Sumber BH
Kuala Lumpur: Seorang penjaga tokong yang mengaku boleh membuang sial, memperdaya tiga wanita yang menjadi sukarelawan di tokong itu, dengan memberi minuman dipercayai dadah sebelum merogol mereka.
Suspek berusia 50 tahun itu dikatakan merogol mangsa sejak awal tahun dengan membawa mereka pulang ke rumah atau di hotel.
Lelaki terbabit mendakwa mempunyai kepakaran dalam membuang sial selain mampu menurunkan ilmu itu kepada sukarelawan, menyebabkan mangsa sanggup mengikutnya.
Setibanya di lokasi, suspek akan memberikan sejenis minuman kepada mangsa menyebabkan wanita terbabit tidak sedarkan diri sebelum menjadi mangsa rogol.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata selepas merogol mangsa yang berusia 18 hingga 20 tahun, suspek kemudian mengugut wanita itu supaya tidak melaporkan kepada polis dan perkara buruk akan berlaku sekiranya ingkar.
Bagaimanapun, katanya, seorang mangsa membuat laporan polis pada Isnin lalu yang mendakwa dirogol suspek di rumahnya sebelum polis menangkap lelaki terbabit di depan tokong di Jalan Sri Damansara, Kepong Baru pada hari sama.
Katanya, suspek yang sudah menjaga tokong itu sejak beberapa tahun lalu menggunakan modus operandi sama terhadap mangsanya dan sesiapa yang menjadi sukarelawan di tokong terbabit akan menjadi mangsa.
Sehingga kini, suspek sekurang-kurangnya merogol tiga wanita sejak April lalu dan kejadian terbaru adalah minggu lalu. Polis percaya masih ramai yang menjadi mangsa lelaki itu dan meminta mereka tampil membuat laporan polis.
Hasil ujian air kencing yang dilakukan juga mendapati suspek positif dadah dan kini ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut, katanya di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Chin Wah berkata, pihaknya mengesan 16 lelaki berusia 20 hingga 50-an dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah di sekitar ibu negara sejak empat tahun lalu.
* Sumber BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan