GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 23 Februari 2013

Kenangan pahit skandal gambar tanpa pakaian



LOS ANGELES 21 Feb. - Penyanyi yang juga aktres, Vanessa Hudgens (gambar) mengakui skandal gambar bogelnya yang pernah tersebar suatu ketika dahulu merupakan kenangan paling pahit dalam sejarah kariernya.

Perkara itu didedahkan Hudgens ketika dia menjadi penghias kulit depan majalah Paper untuk keluaran musim bunga akan datang.

“Penyebaran gambar tersebut membuatkan saya berasa sangat malu dan tidak sanggup untuk berdepan dengan umum.

“Peristiwa itu benar-benar melemahkan saya, namun perjuangan sebagai anak seni perlu diteruskan," katanya.

Bagaimanapun, skandal tersebut berjaya membantu bintang filem High School Musical itu mengikis imej kebudak-budakan yang dipegangnya sejak kecil.

“Saya terlibat dalam bidang seni sejak kecil dan masyarakat sering mengikuti perkembangan saya.

“Saya tidak mahu terus dianggap sebagai budak-budak dan mahu melakukan sesuatu yang lebih matang dan bermanfaat untuk diri saya," ujarnya.

Sisi matang aktres tersebut dapat dilihat menerusi filem terbaharunya yang berjudul Spring Breakers.

Dalam filem arahan Harmony Korine itu, Hudgens memegang watak sebagai gadis nakal bernama Candy. - AGENSI

* Sumber utusan


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP