GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 23 Februari 2013

Live Streaming Kelantan Lawan Pahang 23 Feb 2013 : Red Warriors mahu menang lagi



Kejayaan menewaskan musuh tradisi Terengganu, 2-0 pada aksi Liga Super, Selasa lalu, menjadi sandaran utama buat Kelantan menjelang pertemuan dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, malam ini.
Pemain sayap kanan, Mohd Norfarhan Muhammad berkata, rekod kebangkitan ke atas Terengganu dalam saingan lalu nyata menjadi bekalan azimat buatnya dan rakan-rakan The Red Warriors yang lain apabila berdepan skuad kendalian Dollah Salleh di gelanggang keramat Tok Gajah.

“Kelantan menang dua kali, seri tiga kali dan kalah sekali. Kita menewaskan Terengganu di Kota Bharu, dan saya harap kami mampu membawa momentum tersebut ke dalam padang apabila bertemu lawan dari Pantai Timur malam esok (malam ini).

“Saya fikir sama ada bermain di tempat sendiri atau di gelanggang lawan, kita perlu terus catat kemenangan selepas ini. Mata kemenangan sangat penting kerana kami tidak mahu lagi menoleh ke belakang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas kebangkitan menerusi wira Kelantan malam itu, Keita Mandjou, mood pemain Kelantan kini berada dalam kondisi yang sangat baik.

“Kami begitu gembira dengan peningkatan prestasi baru-baru ini. Namun, kami tidak boleh terleka kerana, sama ada Pahang atau Kelantan, kedua-duanya mahukan mata kemenangan. Maka perlawanan malam ini akan menjadi semakin sengit.

“The Red Warriors perlu ingat rekod lalu apabila beraksi di Pahang, Kelantan sukar untuk menang berikutan semangat Pahang yang begitu berkobar-kobar mahu mencipta kemenangan ke atas, Kelantan. Oleh sebab itu kami perlu betul-betul fokus perlawanan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Norfarhan meminta rakan-rakannya supaya pandai mengawal emosi kerana perjalanan liga masih jauh dan semua pasukan kini berlumba-lumba untuk mengatasi antara satu sama lain.

Norfarhan juga mengingatkan pemain supaya melupakan kekalahan lalu dan memberi komitmen seratus peratus pada perlawanan ini selain wajar menilai prestasi dan kelemahan masing-masing bagi mempamerkan aksi yang lebih cemerlang.

“Menang kalah adat permainan. Perkara paling penting sekarang, selepas bangkit ke atas skuad Penyu, kami juga harus bangkit membenam Tok Gajah dan tidak mahu mencatat kekalahan lagi,” katanya.
Kelantan kini berada di tangga kelapan carta liga dengan sembilan mata diraih termasuk mata kemenangan, 19 Februari lalu.
Keputusan terkini: -

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP