GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 23 Februari 2013

Kristen Stewart sangat tidak S3ksi



Kristen Stewart

LOS ANGELES 21 Feb. - Bintang filem siri Twilight, Kristen Stewart dinobatkan sebagai Aktres Hollywood Paling Tidak Seksi dalam satu tinjauan pendapat oleh laman web gajet Britain, semalam.

Laman web MenKind menyifatkan Stewart mempunyai tubuh badan yang terlalu kurus dan sering menunjukkan sikap dingin.

"Hasil tinjauan yang dibuat mendapati rupa paras dan penampilan bukanlah kayu pengukur untuk menjadikan seseorang aktres itu sebagai seksi.

"Sikap Stewart yang dilihat sentiasa dingin dan kurang tersenyum menyebabkan dia kurang diminati oleh ramai lelaki," kata jurucakap MenKind.

Aktres Sarah Jessica Parker muncul di tempat kedua sebagai Aktres Hollywood Paling Tidak Seksi kerana rupanya yang tua dan bentuk badan tidak menarik.

Tempat ketiga pula menjadi milik aktres bermasalah, Lindsay Lohan, manakala model dan aktres cantik Denise Richards berada di tempat keempat.

Bintang filem Spiderman, Kirsten Dunst turut tidak ketinggalan dinobatkan sebagai aktres paling tidak seksi apabila tersenarai di tempat kelima.

Beberapa selebriti lain yang berada dalam senarai 10 teratas aktres paling tidak seksi termasuklah Mischa Barton, Lucy Liu, dan Hilary Swank. 

- AGENSI

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP